Selasa, 10 Juni 2008

PERLEMBAGAAN TKRS SK BANDAR RINCHING

1.0 Nama dan Alamat Berdaftar
1.1 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya TKRS bagi Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching.
1.2 Alamat : SK Bandar Rinching,43500 Semenyih,Selangor.
2.0 Tujuan
Tujuan TKRS ini ditubuhkan ialah:
2.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif, serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
2.2 Membantu mengembangkan semu aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.
3.0 Pengertian Logo
3.1 Perisai melambangkanbenteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
3.2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.
3.3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang serta rasional dalam semua tindakan.